translate

Friday 4 May 2012

Donut


Bahan-bahan
400gm tepung Halus Superfine
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur dipukul dahulu dengan garfu
150ml air suam
1 1/2 sudu besar margerin
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu teh yis kering
gula halus untuk salutan nanti

1. Buat doh. Kalau guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan mengikut arahan menguli BM masing-masing dan terus ke langkah no. 4
2. Jika uli tangan, masukkan srmua bahan dan uli hingga tidak melekat pada tangan dan kemudian masukkan adunan ke dalam plstik dan digolek-golek di tempat rata selama 5 - 8 minit. dan keluarkan adunan selepas itu.
3. Kemudian perap adunan selama 40 minit dalam bekas tertutup.
4. Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk bagi mengeluarkan anginnya. Bahagikan doh kepada bahagian yang kecil dan biarkan selama 10 minit.
5. Alas dulang dengan kertas  bersih dan bulatkan bulatan kecil tadi menjkadi bulatan donat dan letakkan pada dulang yang beralas kertas tadi dan biar selama 40 minit.
6. Goreng donat menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana dan biar sehingga kekuningan.
7. Salut donat dengan gula halus tadi dan disimpan ditempat tertutup.

3 comments:

  1. salam kak yah emm sedapnya donut mesti lembut neh ...

    ReplyDelete
  2. memang sedap dan lembut..berbaloi buat sendiri...

    ReplyDelete
  3. Saya dah byk kali buat... Tq kak yah.... Memang menjadi

    ReplyDelete