translate

Thursday 10 May 2012

Ikan Kerapu Masam Manis


Seekor ikan kerapu.Dibersihkan dan dibasuh dengan air asam jawa dan dibersihkan sekali lagi
4 biji bawang putih
Beberapa kiub nanas dalam tin
Setengah labu bawang besar
Sebiji tomato
2 sudu besar sos sweet sour
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos chili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit carrot dipotong memanjang
3 sudu besar sayur campur
Gula dan garam
tepung jagung
Putih telur
Lada sulah

Ikan diperap dengan sedikit garam dan seulas bawang putih yang telah ditumbuk dan sedikit lada sulah.  Biarkan seketika
Apabila hendak menggoreng lumurkan ikan dengan sedikit putih telur dan tepung jagung.
Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan masak.  Angkat.
Memggunakan minyak yang lain tumis bawang putih(yang telah dimayang) sehingga naik wanginya.  Kemudian masukkan sos-sos  dan juga sedikit air.
Masukkan juga selepas itu bawang besar yang telah dipotong bulat, carrot, nanas, sayur campur, tomato, gula dan sedikit garam.  Biarkan mesra kesemuanya.
Angkat dan curahkan ke dalam ikan kita tadi.

1 comment: