translate

Sunday 13 May 2012

Kek Gulung Strawberry


3 biji telur
3 biji kuning telur
50gm gula halus
60gm tepung pau
1 sudu teh ovelette
50gm mentega..dicairkan
6 sudu besar air
1 sudu kecil serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco
Jem strawberry

Panaskan oven terlebih dahulu.
Pukul kesemua telur dengan gula dan ovelette hingga kembang.
Kemudian masukkan air dan tepung(ayak dulu ya).  pukul lagi hingga kembang dan pekat(putar tu jangan lebih dari 7 minit ya).
Masukkan mentega yang telah disejukkan terlebih dahulu.  Putar lagi seketika sehingga semuanya sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian.  Satu bahagian dicampur dengan serbut koko dan coklat emulko.
Satu bahagian lagi dengan emulco strawberry.
Masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit  dengan suhu 200C  dengan api bawah sahaja.
Bila masak  tuang adunan strawberry dan bakar dengan api atas pula selama 15 minit juga. dengan suhu 180C..
Alas plastik diatas kertas kek.
Bila masak keluarkan dari loyang dan terbalikkan di atas hamparan plastik dan kertas kek tadi.serta  tanggalkan kertas alas pada kek yang kita bakar tadi.
Sapu jem dan gulung kek..jangan gulung plastik dan kertas tu tau..
Bila siap buang plastik dan bungkuslah kek gulung tu bersama kertas kek dan simpan seketika dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment