translate

Thursday, 17 May 2012

Puding Labu Berlapis Cendul


Lapisan Bawah
Setengah tahil agar-agar kering (kalau beli tu tengok berat dia tulis 37.5gm (1 tahil)..haaa bolehlah dilipat dua dan dipotong..guna separuh)
3 1/2 mug air
3/4 mug gula
1/2 biji labu di rebus
1 sudu besar kastad
2 biji telur
1/2 tin susu cair

Caranya
Labu diblender bersama susu cair, telur, tepung kasrad dan sedikit garam hingga hancur.
Masak agar-agar bersama air  hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Apabila gula sudah hancur bolehlah dimasukkan bahan blender tadi.  Masak hingga mendidih dan bolehlah diangkat.
Sejukkan dalam bekas yang sesuai sehingga sedikit beku lapisan di atasnya.

Lapisan Atas
Setengah tahil agar-agar kering
3 1/2 mug air
1/2 tin susu cair
1/2 mug gula
sebungkus cendol
Sedikit garam

Masak agar-agar bersama air hingga hancur, kemudian masukkan gula.
Masukkan cendol (yang telah dibuang airnya dan ditoskan).
Kacau perlahan-lahan.
Masukkan susu cair dan sedikit garam.
Biar sampai mendidih.
Bolehlah diangkat dari dapur.

Masukkan ke dalam lapisan puding labu tadi secara berhati-hati dan biarkan beku.

11 comments:

  1. mmg cantik..sy percaya mesti sedap coz ada cendol ngan labu yg lemak2 manis bila di makan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak yah..
    cantikk kejadian Puding Labu Berlapis Cendul tu...
    perfet....

    ReplyDelete
  3. Wallaaa....cantek dan menggoda...

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan kak yah...cantik dgn kejadian puding labu berlapis cendol, sedap kalau dimakan sejuk...

    ReplyDelete
  5. ermmm, menarikkk....tentu sedappp.......

    ReplyDelete
  6. Such a great picture. Love it

    ReplyDelete
  7. cantik mesti sedap, 1/2 tahil tu berapa gm

    ReplyDelete
  8. cantik mesti sedap, 1/2 tahil tu berapa gm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar 18.5gm..agar2 bertali..

      Delete