translate

Monday 14 May 2012

Sayur Peria Goreng

Setengah biji peria (sebelum potong basuh dahulu peria yang sebiji tu baru dipotong dan dibelah dua dan dibuang biji-bijinya dan selepas itu barulah dihiris nipis.
2 ulas bawang putih
Sebiji tomato dibelah ikut kemahuan hati.
Setengah labu bawang besar dipotong bulat
Beberapa ekor udang dibuang kulitnya dan dibersihkan
sedikit serbuk  kunyit
Garam
Cuka
Cili merah dihiris nipis
Bahan perasa

Udang diperap dengan sedikit kunyit, garam dan sedikit cuka.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang telah dimayang nipis sehingga naik baunya
Masukkan udang dan goreng seketika, kemudian masukkan bawang besar, cili merah dan peria.
Masukkan sedikit bahan perasa dan tomato.
Siap masak dan angkat.

2 comments: