translate

Thursday 28 June 2012

Lasagne Daging Bercendawan



Sebungkus lasagne direbus dengan air bercampur 2 sudu besar minyak dan sedikit garam sehingga empuk
200 gm daging kisar
300gm cendawan tiram hitam
2 ulas bawang putih
Selabu bawang besar
2 biji buah tomato
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang telah diketuk dan dipotong kecil.  Bila naik bau masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu.  Biar layu kemudian masukkan daging.  Kacau seketika dan masukkan juga cendawan yang telah disiat kecil.
Kemudian masukkan sos-sos dan juga oregano.dan lada hitam.  Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.  Masukkan gula dan garam.  Biar masak dan berair.

Sos Putih
60gm mentega
60gm tepung gandum
600ml susu segar (kalau nak guna susu cair pun okey)
Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah


Panaskan mentega dan bila ia mencair masukkan tepung, kacau jangan berketul dan kemudian masukkan susu.  Kacau berterusan dan masukkan juga sedikit garam, gula dan juga lada sulah.
Sos putih masak bila kita dapati ia sedikit pekat dan mendidih.


Parutan ceddar
Keju permesan


Cara melapis lasagne
Di dalam bekas kaca sapukan terlebih dahulu sos cendawan dengan daging kisar(2 senduk), kemudian alas dengan kepingan lasagne tadi, biar menutupi permukaan bekas tersebut.
Kemudian tuang lagi sos cendawan dan masukkan juga sos putih, kemudian alas semula dengan kepingan lasagne tadi.  Lakukan proses ini sehingga empat atau lima lapis.
Akhir sekali pada lapisan atas sekali setelah dialas dengan kepingan lasagne, tuangkan lebihan sos putih yang tertinggal dan taburkan juga dengan parutan ceddar dan juga permesan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 45 - 50 minit atau sehingga lasagne kita masak.

Tuesday 26 June 2012

Carrot Cupcake



4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak jagung
50gm gula kastor
1 1/2 cawan carrot parut
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis

Bahan-bahan yang diayak bersama
250gm tepung kek
1/2 sudu teh soda bikarbonat1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak jagung, carrot dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur kedalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
Masukkan dalam bekas cupcake dan bakar selama 20 - 25 minit.
(bagi cupcake ni kak guna sedikit lebihan krim keju berkoko untuk dipaipkan di atasnya bagi menimbulkan bentuk corak)

Sunday 24 June 2012

Roti Bantal

Adunan Roti
500gm tepung roti(high protein)
220ml air suam
3 sudu besar madu
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 biji telur(dipukul guna garfu dan simpan sedikit untuk digliskan pada roti) )
3 sudu besar shortening(lemak sayur)
2  sudu kecil yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla

3 sudu besar buahan campuran kering
2 sudu besar ceri merah cincang
2 sudu besar ceri hijau cincang
2 sudu besar kismis
2 sudu besar badam cincang
4 sudu besar water roux
(cara buat water roux= 50gm tepung gandum dicampur 250ml air dimasak hingga pekat dan sedikit mendidih angkat dan sejukkan dan dapat 8 sudu besar)

Untuk Sapuan
Lebihan telur
Sedikit susu segar
Parutan ceddar


1. masuk semua bahan adunan roti tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula dan masukkan adunan ke dalam bekas roti paung yang telah dialas dengan kertas minyak.dan biarkan selama 40 - 60 minit.(bergantung pada suhu sekitar).  Apabila roti sudah mengembang sapu permukaan atas roti dengan sedikit lebihan telur yang telah bercampur dengan sedikit susu segar atau cair. dan taburkan parutan cedar di atasnya.
5. Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 180 - 200C dan bakar selama 25 - 30  minit dan bila masak keluarkan dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas tertutup atau masa panas-panas tu bolehlah dimakan.....

Saturday 23 June 2012

Marbles Cheese Carrot Cake




4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak jagung
50gm gula kastor
1 1/2 cawan carrot parut
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis

Bahan-bahan yang diayak bersama
250gm tepung kek 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak jagung, carrot dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur kedalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
glis tin pembakar dan alas dengan kertas minyak yang dibiarkan terlebih  dari ketinggian loyang dan bakarlah kek kita selama 40 minit dengan suhu 180 C


Lapisan Creme Cheese


250 krim keju
1 cawan gula asing
1 biji telur
1 sudu besar serbuk koko


Pukul krim keju bersama gula hingga sebati. kemudian masukkan telur.  Pukul hingga kembang dan berkrim.  Ambil 1/3 cawan adunan tersebut dan campur dengan serbuk koko.dan masukkan dalam paping beg.
Masukkan lebihan krim keju ke dalam kek carrot dan paipkan krim keju berkoko tadi di atas krim keju  (corak tu suka hati dan dengan menggunakan lidi, lorek-lorekkanlah ia biar nampak bercorak).
Bakar semula selama 25 - 30 minit atau sehingga masak dengan suhu tadi.


P/S...Untuk membuat tepung kek..campurkan 3/4 cawan tepung gandum dengan 2 sudu besar tepung jagung dan diayak bersama.

Tuesday 19 June 2012

Marble Cheese Red Velvet cake

Kek red Velvet
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka




Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan.  Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble (kalau kak ..buat bulatan kecil ditengah dan diikuti semakin membesar dan lakukan sehingga selesai dan dengan menggunakan lidi pengungkil gigi..buatlah lakaran tersebut)..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.



Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur


Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.



P/s Kalau kita nak rendahkan sedikit kek velvet kita, buat separuh adunan sahaja untuk keknya..kak ni pun tak habis mennggunakannya kerana lebihannya kak buat red velvet cupcake.

Monday 18 June 2012

Kari Ikan Bawal

3 ekor ikan bawal..sais kecil
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu teh halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh cili giling
Setangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji cili hijau
sebiji kentang
3 biji bendir
Sebiji buah tomato
1 sudu besar asam jawa
3 cawan santan
Minyak untuk menumis

Ikan bawal dibersihkan dengan asam jawa dan dibersihkan dengan air biasa selepas itu.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan bila naik bau masukkan daun kari dan rempah kasar.
Selepas itu masukkan halba campur.  Kacau seketika.
Masukkan rempah kari(serbuk) dan cili giling (kalau perlu masukkan sedikit air)
Bila nampak naik minyak masukkan santan.dan juga kentang yang telah dipotong kecil
Masuklah selepas itu ikan  dan cili hijau., bendir dan tomato (biar sebiji)
Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam.
Biar mendidih dan naik minyak (lebih sedap kalau kita masak ia lebih lama dan kuahnya nampak pekat dan berminyak)

Sunday 17 June 2012

Red Velvet Cupcake


3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh beking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna merah

1 sudu teh beking powder
1 sudu besar cuka

Panaskan oven dengan suhu 180C dan aturkan bekas cupcake ke dalam petitin.
Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan , beking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Tambahkan juga pewarna merah dan campuran beking powder dengan cuka ke dalam adunan..  Kacau sehingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam bekas cupcake sebanyak 2/3 dari ketinggian bekas cupcake dan bakar kek selama 25 minit. atau sehingga masak.,

Saturday 16 June 2012

Pulut Pagi

3 cawan beras pulut
2 keping gula melaka
Kelapa parut
Sehelai daun pandan
Air

Basuh bersih beras pulut dan toskan.
Pastikan paras air hanya menutupi pulut sahaja , masukkan juga daun pandan. dan masaklah dalam periuk elektrik,sehingga masak.
Apabila pulut sudah masak masukkan gula melaka yang telah diracik kecil dan digaul-gaul dalam keadaan pulut masih panas lagi.  Tutup periuk.(periuk dalam keadaan keep warm)
Boleh dihidang bersama kelapa parut dan kacang merah atau putih yang telah direbus bersama gula dan sedikit santan.

Thursday 14 June 2012

Coklat Oreo


300gm coklat compound
2 bungkus biskut Oreo
Editble Image secukupnya
Bekas acuan coklat.

Jerang air dalam periuk dan bila mendidih tutup api,.
Patah-patahkan coklat dan masukkan dalam mangkuk besi atau kaca dan lakukan double-boil  atas periuk tadi.  Kacau sehingga berkilat.
Masukkan dalam paping beg dan paipkan sedikit dalam bekas acuan coklat dan masukkan biskut.  Tekan sedikit dan masukkan coklat biar menutupi biskut tadi.  Ketuk-ketuk sedikit agar serata semuanya.
Masukkan dalam peti air tempat beku sekejap dan bila sudah beku coklat kita bolehlah dikeluarkan (kalau ada yang kurang kemas bolehlah dipotong lebihannya dengan pisau yang matanya halus dan tajam) dan ditampal dengan editble image dengan menyapu sedikit cairan coklat dibelakangnya bagi bertindak sebagai gam.

Wednesday 13 June 2012

Kek Lapis Pandan



2 cawan tepung vanila sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur(kalau tiada simpanan putih telur sekadar guna telur yang kat atasnya aja tapi guna yang sais A)
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C


Kastad pandan
1200ml santan
100gm tepung hwe kwe
10gn agar-agar serbuk
1 cawan gula halus
Sedikit garam
1 sudu teh pandan emulco
Pewarna hijau
Kelapa kering untuk ditabur ...


semua bahan dikacau di atas api sehingga pekat


Lapis kek setiapnya dengan kastad pandan dan bila bahagian atasnya ditabur juga dengan kelapa kering.

Tuesday 12 June 2012

Mee Kuah

Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang
2 biji telur
Sawi
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Mee dkacau - kacau - kacau di bawah aliran air dan ditoskan.
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling.  Biar sampai wangi dan masukkan udang kering.  Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Monday 11 June 2012

Donat Berhias Coklat

300gm tepung gandum
125gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st beking powder
gula aising bercampur tepung jagung untuk salutan

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising 

5. cairkan coklat masakan secara double boil dan masukkan dalam plastik yang digunting hujungnya dan bolehlah dicorakkan atas donat kita tadi..

Thursday 7 June 2012

Nasi Kerabu Hitam

3 cawan beras
3 cawan air(kalau beras siam lebihkan air 1 cawan lagi)
Sehelai daun pandan
4 helai daun limau purut
6 kuntum bunga telang diblender dengan sedikit air ..kalau kurang terang warnanya bolehlah dimasukkan sedikit pewarna biru.

Bersihkan beras dan masukkan semua bahan tadi dan masaklah(tanaklah) nasi seperti  kita menanak nasi. biasa.

Tumis untuk nasi kerabu
Bahan-bahan..
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sebatang serai
2 sudu besar cili boh
sedikit kunyit
2 keping asam keping
gula melaka(ikut rasa)
sedikit belacan
santan pekat (2 cawan)
minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

Cara-cara nya
1.Bawang merah, putih, halia diblender.
2.Tumiskan bahan blender tadi . Apabila naik bau masukkan cili kisar tadi,serbuk kunyit, serai yang telah dikatak dan asam keping tadi. Masakkan seketika kemudian masukkan belacan dan gula melaka dan kacau seketika.
3.Masukkan santan dan garam mengikut rasa...biarkan mendidih dan jika terlebih pekat masukkan sedikit air panas (tips...tumis kita akan nampak cantik dan berminyak jikalau dimasukkan sedikit air panas dalam masakan tadi). Biarkan mendidih sedikit lama sedikit. Biarkan nampak pekat dan berminyak.

Sambal ikan
Bahan-bahannya
4 atau 5 ekor ikan selayang yang sederhana besarnya.
4 atau 5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 bawang besar
sedikit halia
sebatang serai
1 sudu besar lada hitam
1 cawan kelapa(digoreng dengan api yang kecil sehingga bewarna keperangan)
4/5 keping asam keping
gula dan garam

cara-caranya
1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama asam keping dan garam Sejukkan
2. Buang tulangnya dan menggunakan tangan dihancurkan isi ikan tersebut dan selepas itu digoreng kering seketika(boleh juga semasa digoreng ini dimasukkan sedikit lada sulah)
3. Bawang merah, putih, halia dan serai(potong kecil2 dahulu) ditumbuk bersama lada hitam. Apabila lumat masukkan gula dan garam.Hancurkan.
4. Kelapa yang telah digoreng tadi ditumbuk(jika ianya agak kasar) kemudian masukkan bahan yang ditumbuk  dan isi ikan yang digoreng kering tadi(simpan sedikit untuk dicampur semasa kita hendak makan nasi kerabu). Gaulkan semuanya.
5. Rasalah (kalau tidak cukup rasanya masukkan garam dan ajinomoto(jika mahu).
6. Bawang besar dihiris dan diramas-ramas sebelum dimasukkan dalam sambal ikan kita tadi.

Budu
Masak bersama sekeping asam keping, sedikit gula melaka.cili api yang ditumbuk sedikit,sedikit halia.seditkit serai dan sedikit bawang merah. Biar mendidih seketika.(kalau nak cantik semua bahan kecuali asam keping dan gula melaka diblender sebelum dimasak)

Sambal lada
Beberapa biji Cili api(burung) dan seulas bawang putih, 2 sudu besar cuka, sedikit air masak, gula dan garam. Semua bahan ditumbuk dan apabila sedikit hancur masukkan cuka dan air tadi.(air lada untuk nasi kerabu  ni dia memang cair)

Ulam-ulaman(kerabu)
Kobis,kacang panjang, taugeh.  bunga kantan, daun kesum, bawang besar, serai.  Dihiris halus-halus semua bahan kecuali tauge


Lada hitam
2 sudu besar digoreng kering dan ditumbuk.
Ayam bakar
Daging ayam diperap bersama bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai yang diblender. Masukkan sedikit garam, sedikit cuka dan asam jawa dan sedikit minyak dan 1 sudu kecil cili giling. . Biarkan seketika.
Bakar sehingga masak.


Aturannya
Masukkan nasi, letak sambal ikan, lada hitam yang ditumbuk tadi, lebihan isi ikan yang digoreng, tumis, budu, sambal lada, ulaman dan lauk pauknya.

Wednesday 6 June 2012

Pulut Kuning

1 kilo beras pulut
1 gelas santan pekat
1 gelas santan cair
Serbuk kunyit
Sekeping asam keping
gula dan garam

Bersihkan beras pulut dan direndam semalaman bersama serbuk kunyit dan asam keping.(pastikan air melepasi pulut tersebut)
Toskan beras tersebut dan kukus sehingga masak.
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan gula dan garam (rasalah ikut kesukaan diri masing-masing)
Kukus sekali lagi sehingga tudung periuk kita nampak naik wap dan angkat dan masukkan santan pekat .  Rasalah dahulu pulut kita kukusan pertama dan tambahlah garam dan gula dalam santan pekat mengikut apa yang kita rasa  kurang.
P/S.. jangan masukkan santan sekali gus sebaliknya masukkan separuh dahulu..keras lembek pulut juga bergantung jenis beras pulut dab jangkamasa lama kita merendam.

Telur
3 biji telur dicampur sedikit garam dan warnakan mengikut kesukaan
Dadarkan telur tersebut nipis-nipis dan digulung dan digunting.

Kari ayam

Seekor ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.(bersihkan dengan cuka untuk menghilangkan hanyir)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 ulas pelaga hindi
3 atau 4 sudu besar rempah kari ayam(alagapas atau babas)
1 sudu besar cili giling
setangkai daun kari
2 atau 3 biji cili hijau
Santan kelapa
air asam jawa(3 sudu besar)
gula dan garam dan bahan perasa
minyak masak

caranya
1. Bawang merah, putih, dan halia diblender hingga hancur dan di tumis di dalam  minyak yang panas.kemudian masukkan daun kari dan rempah-rempah kecuali serbuk kari. Biarkan sehingga naik minyak dan berbau wangi. Masukkan cili giling dan biarkan saketika .  Kemudian masukkan serbuk rempah kari dan biarkan ia naik bau(masukkan sedikit air kalau bimbang hangit) dan seterusnya masuklah santan pekat dan seterusnya ayam.  Masukkan air asam, gula, garam dan cili hijau dan masaklah kari ayam sehingga betul-betul mendidih dan naik minyak.



Tuesday 5 June 2012

Waffle Berwalnut

3 1/2 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar beking powder
4 cawan susu segar
6 biji telur
2 sudu kecil vanilla
2 sudu besar gula
1 cawan minyak sayur/ masak
1 sudu kecil garam
walnut yang dicincang kasar
jem, peanut butter, madu dan apa-apa saja

Caranya
1. Tepung diayak bersama beking powder.  Di dalam bekas campurkan juga dengan gula dan garam.
2. Telur diasingkan putih dan kuningnya, yang putih diputar sehingga kembang dan beku (dengan kelajuan tinggi)
3. Kuning telur dipukul dengan garfu dan dicampur bersama susu segar dan minyak tadi.  Kemudian dimasukkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan juga vanilla.
4. Masukkan putih telur yang kembang tadi kedalam bahan yang telah dikacau sebati tadi. Guna teknik kaut dan balik.
5. Sendukkan adunan ke dalam bekas waffle yang telah disapu dengan marjerin dan taburlah walnut yang telah dicincang dan biarkan ia masak.
6. Sapu dengan jem atau apa saja kesukaan kita waffle tersebut.
7. Adunan waffle yang tidak habis boleh disimpan di dalam peti sejuk tempat biasa untuk dua tiga hari dan sebelum diguna semula kacau biasa menggunakan senduk.

Monday 4 June 2012

Kek Brownies Keju

Brownies
150gm mentega
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/2 cawan susu segar..nak guna susu cair pun okey
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh soda bicabonat
1 sudu teh esen vanila

Lapisan keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula
1 biji telur

Memtega dicairkan dan dicampur dengan serbuk koko dan susu.
Putar telur dengan gula  dan kemudian masukan campuran koko dan esen vanila.
Dan akhirnya masukkan tepung yang telah diayak bersama beking dan soda bicarbonat.  Kacau biar sebati.
Sapu loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek (biar kertas terkeluar melebihi loyang)
Masukkan brownies ke dalam loyang dan simpan sedikit untuk lorekan.
Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C.

Pukul keju bersama gula hingga kembang dan kemudian masukkan telur.  Pukul lagi biar kembang.
Masukkan adunan brownies yang telah dikeluarkan dari ketuhar.
Lebihan koko tadi dmasukkan ke dalam plastik atau paping ising dan buatlah bulatan kecil dan seterusnya semakin membesar diatas adunan kek tadi.  Lorekkan dengan lidi pengcunkil gigi untuk membnetuk corak yang dikehendaki.
Bakar semula selama 15 - 20 minit.
Biarkan sejuk dan keluarkan kek dengan memegang kertas lebihan tadi.

Sunday 3 June 2012

Nasi Briyani dan Dalca Daging

4 cawan beras
4 cawan air
2 sudu besar vanaspati( margerin khusus untuk menumis sebarang nasi)
3 sudu besar minyak masak
sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaha
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
 5 sudu besar susu pekat
sebungkus perencah beriani Maggi
3 ketul ayam
Daun kari
Sehelai daun pandan
Gula dan garam
Kismis

Panaskan vanaspati bercampur dengan minyak masak dan tumis daun kari dan rempah kasar seperti kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik wangi.  Bawang merah, putih dan halia  di diblender. Masukkan ke dalam bahan tumis tadi dan bila naik bau masukkan perencah maggi dan kacau biar sebati.  Masukkan ayam dan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan.  goreng seketika dan kemudian  masukkan kedalam periuk nasi elektrik dan akhirnya masukkan air, susu , daun pandan, gula dan garam.  (rasalah airnya dan tambah apa yang patut iaitu gula dan garamnya.  masak seperti mana biasa..  Bila nasi sudah masak boleh masukkan kismis dan gaul biasa serata.


Dalca Daging 
Daging, perut dan paru-paru(ikut kesukaan seberapa banyak)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah kasar(kulit kayu manis(1), pelaga hindi(3) dan bunga lawang(2)
4 sudu besar Rempah kari Alagapas/babas
1 sudu besar kacang dal
Setangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
2 biji terung
4 biji cili hijau
2 biji kentang
Beberapa biji bendir
Santan
Air asam jawa
Gula dan garam

Daging dipotong kecil-kecil sementara perut dan paru-paru direbus.Pastikan perut direbus sehingga betul-betul masak. Seterusnya dipotong kecil.
Tumis daun kari bersama rempah kasar,serta  bawang-bawang dan halia yang sudah diblender. Biarkan sehingga naik wanginya dan seterusnya masukkan cili giling.  Biarkan seketika.  Selep[as itu masukkan serbuk kari dan biarkan sekejap sambil dikacau dan seterusnya masukkan daging yang telah dipotong kecil tadi ,masukkan juga kacang dal yang telah direndam sekettika dan masukkan sedikit air, kacau dan tutup periuk supaya daging mudah empuk dan pastikan jangan hangit.(guna api yang kecil)- kalau nak guna periuk tekanan pun okey.Apabila daging emput boleh masukkan peparu dan perut yang telah dipotong kecil tadi. Seterusnya masukkan air asam jawa, gula dan garam.  Masukkan santan dan ubi kentang.  Biar sedikit mendidih. Masukkan terung yang telah dipotong dan cili hijau.pastikan terung betul-betul masak dahulu sebelum kita masukkan bendir.  Masaklah sehingga dalca kita naik minyak dan menjadi kelihatan cantik.

Saturday 2 June 2012

Donat Labu

450gm tepung gandum
300gm taufu lembut
2 sudu susu tepung
1 biji telur
150ml air suam
3 sudu besar shorternuing
3 sudu besar gula
2 sudu teh yis
100gm tepung roti
1/2 sudu teh garam
1 st beking powder
gula aising bercampur tepung jagung untuk salutan

1.kalau guna BM masukkan semua bahan dan tekan On ajalahhh.Pergi kaedah 3.
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan ulilah hingga tak melekat kat tangan dan seterusbya masukkan dalam plastik dan ditekan dan digolek2 selama 5 - 8 minit. Keluarkan dan diuli semula sekejap dan dimasukkan ke dalam bekas bertutup selama 1 jam.
3. Apabila sudah kembang ditumbuk2 dan diuli semula dan di bulat2kan dan dibiarkan selama 10 minit.
4. Selepas itu bentukkan seperti biasa(donatlaaa) dan dibiarkan selama 40 minit(pastikan alas dengan beking paper) dan akhirnya gorenglah dan angkat kemudian taburlah dengan gula aising.

5. Paip inti kastad labu ke dalam donat tersebut.


Kastad Labu
Setengah biji labu saiz kecil..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna kuning

Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.

Friday 1 June 2012

Pizza Tuna


Kulit Pizza
500gm tepung roti
280ml air suam
3 sk mauripan
2 sb gula
1 sk garam
2 sb margerin
Oregano

1.Masukkan semua bahan dankalu guna MB tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke no 4
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada 4 bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.  
5.Cucuk dasarnya dengan garfu untuk mengelakkan pizza mengelembung bila dibakar..
6. Sapu campuran sos pada dasar kulit pizza.
7. Tabur ayam dan tuna   dan bahan yang telah didadu kecil dan sosej tadi dan akhir sekali tabur dengan parutan keju.
8. Bakar selama 20 minit dangan suhu 200C dan bila masak  potong dengan pisau pizza dan taburlah dengan keju permessan.

Topping
Setin kecil sardin tuna
Selabu bawang besar
Sebiji lada benggala
Nenas tin
5 batang sosej..direbus terlebih dahulu
ketulan kecil ayam ditumis terlebih dahulu dengan seulas bawang putih dan sedikit sos cili
Keju mozarella yang diparut
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/2 sudu teh oregano
Permesan

Potong dadu bawang besar, lada benggala, nanas.
Potong nipis sosej yang telah direbus tadi
Campur sos tomato, cili dan oregano.