translate

Friday 28 September 2012

Telur Bungkus

Bahan-bahannya
Beberapa ekor udang segar(dikupas kesemua kulitnya)
Seekor sotong(potong bulat/memanjang)
2 ulas bawang putih(mayang halus)
2 helai daun limau purut(potong kecil)
Setengah labu bawang besar(potong dadu)
Sebiji tomato(potong dadu)
Cili padi(potong kecil)
4 sudu besar sayur campur
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sedikit kiub tomyam
Sedikit jus limau nipis
Lada sulah
Bahan perasa dan garam
Sedikit minyak untuk menumis

Untuk kulit
2 biji telur(dipukul dengan garfu)
Daun bawang(potong kecil)
Sedikit garam

Tumis bawang putih bersama daun limau purut hingga naik bau.  Masukkan udang dan sotong.  Masukkan lada sulah.  Kemudian masukkan bawang besar dan jus limau.  Masukkan sos tiram dan sos cili serta kiub tomyam(sedikit sahaja..nak bagi bau aja).  Masukkan cili padi dan buah tomato dan masukkan sayur campur.  Tambah bahan perasa dan sedikit garam

Goreng telur yang telah bercampur daun bawang dan sedikit garam menggunakan minyak yang sedikit sahaja dan lenggang-lenggangkan kuali untuk mendapat telur yang nipis.  Masukkan inti dan lipat telur tersebut.  Cara nak mengeluarkan telur dari kuali letakkan pinggan dekat dengan kuali dan terlengkupkan dalam pinggan tadi(bungkusan telur yang kat atas kuali jadi kat bawah pinggan)

Thursday 27 September 2012

Bihun Sup Aroma Rasa


Bahan A
4 ketul tulang lembu(dibersihkan dan direbus mendidih dan dibuang airnya dan direbus kembali dengan air sehingga empuk)
Bahan B
Setengah bungkus beehun(dicelur)
5 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Seinci halia(kisar)
5  keping lengkuas(kisar)
1 sudu besar cili giling
3 batang serai(diketuk)
4 helai daun limau purut
1 sudu teh jintan manis(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu teh jintan putih(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
1 sudu besar ketumbar(digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
Sekeping asam gelugur
Gula dan garam secukup rasa
Bahan C
Taugeh(dicelur)
Tauhu(goreng dan dipotong kecil)
Cili merah(dipotong nipis)
Cara Penyediaan
1.Tumis bahan kisar dan cili giling sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan tumbuk  Kemudian masukkan daun limau purut dan serai.
3.Masukkan bahan A dan asam gelugur  Masak sampai naik minyak dan mendidih.
4.Dihidangkan bersama beehun dan taugeh, tauhu dan cili merah.

Wednesday 26 September 2012

Bihun Goreng Udang

setengah bungkus bihun(direndam hingga lembut)
Sedikit mee kuning
4 ulas bawang putih(tumbuk)
3 ulas bawang merah(tumbuk)
2 sudu besar udang kering(direndam sekejap dengan air panas(ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
Beberapa ekor udang segar(dikupas kulitnya dan dibiarkan ekornya)
Taugeh
Sawi(potong kecil)
Tomato(belah 4)
Telur
2 sudu besar bawang goreng
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Daun sup
Air secukupnya
Beberapa titik cuka
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaannya
Tumis bawang putih dengan sedikit cuka hingga sedikit garing.  Kemudian masukkan sebiji telur dan kacau biar berketul.  Masukkan udang kering dan kacau seketika.  Masukkan udang segar dan juga lada sulah.  Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit kicap manis.   Masukkan air, gula dan garam(try rasanya dan pastikan rasa nya ada rasa lebih manis dan sedikit masim).   Masukkan sayuran dan juga bihun dan mee tadi.  Kacau sentiasa.  Masukkan tomato dan juga bawang goreng.  Bila sudah masak masukkan daun sup dan lada hitam. kacau seketika.





Monday 24 September 2012

Kek Lapis Keladi


Bahan A
250gm tepung vanilla Sponge Mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelete
¼ cawan air
2 sudu besar minyak masak
Bahan B
300gm ubi keladi(yang telah direbus)
2 ½ cawan santan
2 biji kuning telur
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
Pewarna puple
Sedikit garam
Bahan C
Kelapa kering secukupnya
Cara Penyediaan
Untuk kek
1.Panaskan ketuhar dengan suhu 170C dan Alaskan Loyang yang telah disapu margerin dengan kertas kek
1.Putar semua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu
2.Masukkan minyak dan kacau sebati.
3.Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan bakar setiap satunya selama 15 minit atau sehingga kek masak.
Untuk lapis keladi
1.Kisar/blender semua bahan sehingga hancur dan dimasak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
2.Lapiskan pada setiap kek dan bagi lapis terakhir ditabur dengan kelapa kering

Sunday 23 September 2012

Roti Poket

Bahan-Bahannya
Roti pita
Panaskan atas kuali sehingga kekuningan

Ketulan kecil isi ayam
Seulas bawang putih(diketuk)
Serbuk lada sulah
Lada hitam(tumbuk)
Sedikit garam
Tepung jagung

Gaul isi ayam bersama bawang putih, lada sulah dan garam.
Kemudian golekkan pada tepung jagung yang telah digaul bersama dengan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk/serbuk.
goreng dalam minyak yang panas sehingga garing kekuningan.

Salad
Daun salad(potong kecil..kak guna salad bulat)
Bawang besar(potong nipis bulat)
Tomato(belah 4 , keluarkan bijinya dan potong dadu)
Carrot(sagat memanjang)
Telur rebus(potong nipis)
Setengah ulas bawang putih(dimayang nipis dan halus)
Mayonis
Sedikit garam

Kecuali telur gaul kesemua bahan.salad bersama dengan nugget ayam yang kita goreng tadi

Potong dua roti pita dan masukkan telur dan bahan salad yang telah digaul mayonis tadi

Friday 21 September 2012

Kuetiau Lakna


Bahan A
Sebungkus kuetiau
Seulas bawang putih(diketuk)
2 sudu besar kicap manis
Serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Bahan B
3 ulas bawang putih(diketuk)
10 ekor udang segar(dikupas kulitnya dan ditinggalkan ekornya)
Beberapa hirisan kecil daging ayam
Seekor sotong(dipotong bulat)
5 batang kacang buncis(dipotong menyerong)
Sebatang sayur sawi(dipotong kecil)
Sedikit lobak merah(dipotong memanjang atau bulat)
Sebiji tomato(dibelah 2)
Sebiji cili merah(dihiris nipis)
2 keping cendawan kering hitam(direndam dengan air panas )
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air dan minyak untuk menumis
Cara Penyediaan
1.Kuetiau dibersihkan dan ditoskan
2 Tumis bawang putih dengan sedikit minyak .  Apabila naik bau masukkan kicap manis dan kuetiau.
3.Goreng seketika dan diketepikan.
Kuah
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2.masukkan udang, sotong dan isi ayam.  Kacau seketika,
3.Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan sayuran , cendawan yang telah dipotong kecil dan sedikit air.  Masukkan juga gula dan garam
5. Sebelum diangkat masukkan cili merah dan juga tomato.
6. Untuk hidangan masukkan kuetiau dan tuang kuah ke atasnya.

Tuesday 18 September 2012

Percik Ikan Kembong


Bahan-bahannya
4 ekor ikan kembong(dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih yang telah ditumbuk halus bersama sedikit garam)
5 ulas bawang merah(kisar)
Seulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Sebatang serai(ketuk)
Sekeping asam keping
Secawan santan
2 sudu kecil tepung beras(dibancuh dengan sedikit air)
Gula dan garam


Kuah
Campurkan santan bersama bahan kisar, serai, asam keping, , gula dan garam.  Masak biar mendidih.  Masukkan bancuhan tepung beras.  Biar mendidih dan nampak sedikit pekat.


Ikan
Panaskan kuali rata dengan sedikit minyak.  Panggang ikan biar masak kedua-dua bahagian.
Curahkan sedikit kuah pada bahagian badan ikan dan pastiakan biar sedikit mesra antara kuah dan badan ikan tersebut..  Bolehlah diangkat dan tuangkan lebihan kuah pada ikan tersebut.

Saturday 15 September 2012

Ketupat Sotong


Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Thursday 13 September 2012

Pizza


250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
1.Masukkan semua bahan dan kalau guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke langkah nombor 4.
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit.  Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.
5. Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.
6. Bakar pizza yang telah siap topping selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

Bahan untuk topping
Ketulan kecil isi ayam
Udang segar(dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan ayam dan udang diikuti sos cili, origano dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.

Lain-lain bahan
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
4 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella(diparut)
Cara nak topping
1.Sapu campuran sos cili, tomato dan oregano pada permukaan pizza (nak topping sebelum bakar pizza atau nak bakar dulu kulit pizza baru nak topping dan bakar sekali lagi - ikut suka hati)
2 kemudian tabur bahan tumis tadi(ayam dan kawan-kawannya)
3. Tabur sosej , diikuti bawang, nanas, dan akhir sekali mozarella parut.

Tuesday 11 September 2012

Kuih Lapis Keladi


Bahan-bahannya
5 cawan santan
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
sedikit perasa keladi
pewarna puple

caranya
panaskan terlebih dahulu santan dan gula tapi janganlah sampai mendidih.(sejukkan)
kemudian masukkan tepung-tepung tadi dan kacau biar sebati.
masukkan perasa keladi dan bahagikan adunan pada 2 bahagian dan warnakan dengan warna puple muda dan tua.
Panaskan pengukus dan acuan disapu sedikit minyak.
Lapiskan berselang seli dan setiap lapis kukus selama 5 minit dan yang terakhir selama 10 minit.

Monday 10 September 2012

Kuetiau Goreng

Sebungkus kuetiau
4 ulas bawang putih(diketuk)
Sebiji telur
Potongan kecil daging
potongan bulat sotong
Sayur taugeh berdaun
1 biji cili merah(dihiris nipis)
Sebiji tomato(dibelah 4)
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili giling
Beberapa titik cuka

Kuetiau dibasuh.dan ditoskan
Tumis bawang putih bersama titikan cuka hingga berbau wangi.  Masukkan cili giling dan kacau seketika.
Pecahkan telur dan dikacau bersama sehingga hampir masak.  Masukkan sotong dan daging.  Masukkan juga semua sos tersebut.  Masukkan gula dan kalau perlu sedikit garam.
Masukkan kuetiau, sayur taugeh berdaun dan tomato serta cili merah tadi.  Kacau sehingga masak.

Sunday 9 September 2012

Kek Oren Marble

1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1 cawan gula kastor
1 cawan margerin
1 sudu teh esen vanila
1 biji limau sunkist di parut kulitnya dan diperah airnya
4 biji telur
1 sudu besar mentega
Pewarna merah dan hijau

Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur dan dipukul lagi biar kembang
Masukkan esen vanila, kulit limau 
Masukkan tepung kek secara berselang seli dengan air limau.  Kacau dengan senduk.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian, Tambahan sedikit pewarna mengikut kesukaan dan satu bahagian biarkan kosong.  Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek secara berselang seli sehingga habis.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dengan suhu 180C selama 45 minit.
Seperti biasa bakar guna api bawah dahulu dan bila berbaki 30 minit barulah dibakar guna api atas dan bawah.


Saturday 8 September 2012

Tart Keju Coklat

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar. 

250gm krim keju
50gm mentega
70gm gula halus
100gm coklat masakan(cairkan)
Sebiji telur
1 sudu teh emulco coklat
Sedikit coklat putih9cairkan)

Putar krim keju bersama mentega dan gula halus hingga kembang kemudian masukkan telur.  Putar lagi hingga kembang dan halus.
Cairkan coklat masakan dan masukkan 3 sudu besar ke dalam adunan(lebihan untuk topping nanti.  Masukkan juga emulco coklat dan kacau rata.  Tuang ke dalam kulit tart dan dibakar selama 15 minit
Keluarkan dari oven dan topping dengan lebihan coklat tadi dan boleh dihias juga dengan coklat putih.

Thursday 6 September 2012

Kerutuk Daging Buku Besar

Setengah kilo daging lembu(dipotong besar..setengah kilo dapat 3 ketul aja)
10 ulas bawang merahBlender)
3 ulas bawang putih(blender)
Setengah inci halia(blender)
2 inci lengkuas
3 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai(diketuk)
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
5 kuntum bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sengah keping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa dan dicampur sedikit air  dan ambil jusnya dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar(belah 2)
2 biji kentang(belah 2)
Sebiji lada hijau
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga , cengkih  dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah daging dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila daging sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besarl dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk buku besar ini.

Cempedak Goreng

Buah cempedak..anggaran 20 biji
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gula
2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..
1 biji telur
1 sudu teh garam
3/4 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit

Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.  Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana..  Biar masak kekuningan.

Wednesday 5 September 2012

Puding Marble

Bahan-bahannya
Setengah tahil agar-agar kering
4 cawan air
12 sudu besar gula
1 cawan susu cair
Sebiji telur
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar serbuk koko

Caranya
Masak agar-agar dengan air hingga hancur.  Masukkan gula.  Bila mendidih bahagikan kepada dua bahagian.
Bancuh kastad dengan susu dan telur.  Tapiskan.
Masukkan ke dalam satu bahagian agar-agar tadi.  Masak hingga hampir pekat dan mendidih.  Angkat.
Bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas dan campurkan pada bahagian agar-agar yang satu lagi.  Ambil 2 senduk daripada adunan agar-agar kastad dan campurkan ke dalam adunan agar-agar koko tadi.  Masak hingga mendidih semula.  Masukkan adunan tersebuk secara berselang seli setiap senduk sehingga habis.  Boleh disejukkan dan dipotong bila beku.

Tuesday 4 September 2012

Agar-Agar Tapai Pulut

Bahan-bahannya
Tapai pulut
5gm agar-agar serbuk
2 1/2 - 3 cawan air
pewarna merah/sirap ros
Gula secukup rasa
Bekas plastik (biasa guna untuk tepung pelita)

Cara-caranya
Masukkan tapai pulut ke dalam bekas plastik(kalau kak memang kak buat tapai ni dalam bekas plastik)
Tekan sedikit biar rata.
Masak agar-agar dengan air dan masukkan juga gula(ikut suka sendiri nak manis setakat mana).
Bila mendidih masukkan sirap ros dan padamkan api.  Tuang ke dalam lapisan tapai pulut tadi.  Biarkan sehingga beku.  Lebih sedap dimakan ketika sejuk.


Rujukan untuk resepi tapai pulut
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/03/tapai-pulut.html



Sunday 2 September 2012

Kek Keju Oren

Bahan-bahannya
Bahan A
5 biji putih telur
80gm gula halus
1/4 sudu teh krim of tartar

Campur semua bahan dan pukul sampai pekat dan beku.

Bahan B
250gm krim keju
100gm mentega
5 biji kuning telur
80gm gula halus
130gm tepung naik sendiri
Sebiji limau sunkish(parut kulitnya dan ambil juga airnya)
50ml susu segar

Putar krim keju, mentega dan gula hingga kembang.  Masukkan kuning telur satu persatu dan putar sampai habis. masukkan juga kulit limau dan jusnya.  Putar.   Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan dan diikuti dengan susu segar.  Putar(kelajuan rendah) sampai sebati.
Masukkan bahan A.  Kaut dan balik.
Sapukan loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.  Masukkan adunan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C selama 1 jam.(15 minit pertama gunakan api bawah dahulu dan bakinya guna api atas dan bawah)