translate

Monday 28 April 2014

Kek Epal

Bahannya
5 biji epal dikupas kulitnya dan dipotong sederhana besarnya
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar jus lemon
Semua bahan digaul serata dan ketepikan

Bahan kek
200gm menteg(panaskan dan cair)
4 biji telur(pukul dengan garfu)
1 1/2 cawan minyak masak
1 1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas
1 sudu teh esen vanila
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder

Panaskan oven dengan suhu 108C
Tepung dan baking ayak.
Campurkan bahan kek dan kacau dengan spatula(senduk)
Alas loyang bulat dengan kertas kek.
Masukkan setengah adunan kek dan lapis dengan separuh potongan epal tadi.
Tuang baki adunan dan letak lebihan epal di atasnya.
Bakar selama 50 minit atau sehingga masak.




Friday 11 April 2014

Karipap

Untuk Kulit
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak(panaskan)
1/2 cawan air dari peti sejuk
1/4 sudu teh garam

Campurkan tepung dengan garam.
Lubangkan ditengah dan tuang minyak panas.  Kacau dengan sudu biar serata.
Dengan menggunakan jari-jari kita gaul biar menjadi berbintil-bintil(orang kata menjadi serbuk roti)
Masukkan air sejuk tadi (pada mulanya kita nampak adunan seakan lembek tapi bila lagi menguli ia akan sebati  dan menjadi adunan yang lembut.(bila air sudah meresap ni kakyah masukkan dalam plastik dan melenyek supaya ia menjadi adunan yang lembut dan cantik..sekejap aje sekitar 3 minit)
Keluarkan dari beg plastik dan bulatkan doh.
Buat ketulan sebesar duit 20 sen dan canai sedikit nipis.
Masukkan inti dan klimkan ia(minta maaflah ye..kakyah tak pandai sangat mengelim ni)
Buat sehingga habis.
Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Inti Karipap
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
5.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.

Thursday 10 April 2014

Puding Aiskrim

14gm agar-agar bertali
150gm gula pasir
Beberapa ketul gula batu(3 atau 4 ketul yang kecil)
750ml air
300ml santan
200ml susu cair
3 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Sedikit Pewarna Kuning
Pewarna merah

Lapisan bawah
Masak agar-agar bersama air,gula pasir dan gula batu hingga agar-agar menjadi hancur dan mendidih.
Sediakan satu lagi periuk(jangan guna periuk yang kecil, begitu juga untuk periuk yang pertama tadi)
Bahagikan agar-agar tadi kepada dua bahagian sama banyak.
Dalam periuk yang pertama tadi (ada separuh dari sukatan yang asal) campurkan dengan santan,kuning telur(yang telah dipukul dengan garfu), susu cair dan pewarna kuning masak sehingga mendidih semula.
Masukkan dalam bekas untuk disejukkan(biar beku lapisan atasnya)

Lapisan atas
Apa bila lapisan atas sedikit membeku, mula memutar telur putih tadi dengan kelajuan tinggi.
Bila putih telur sudah pekat, kita mula memasak  agar-agar dalam periuk yang kedua tadi.
Bila agar-agar tersebut sudah cair masukkan pewarna merah dan  kecilkan api dan masukkan putih telur yang pekat tadi.
Kacau perlahan-lahan dan pastikan jangan hancur biar nampak berketul-ketul atau berbuih.
Padamkan api dan dengan menggunakan sudu atau senduk masukkan ia dalam bekas agar-agar kita yang sudah bewarna kuning tadi. Lakukan perlahan-lahan atau berhati-hati agar lapisan yang hampir beku tidak bercampur dengan agar-agar kita yang kedua ini...

Simpan dalam peti sejuk atau tempat biasa sehingga beku.

Tuesday 8 April 2014

Puding Tapai Ubikayu

Bahannya
10gm agar-agar serbuk
500ml air
4 ketul tapai ubikayu
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu cair
4 sudu besar gula(bergantung kepada kemanisan tapai ubi kayu)

Caranya
Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Blender tapai(buang urat ditengahnya) bersama susu, telur, tepung  jagung dan gula.
Masukkan ke dalam bahan tadi.  Masukkan juga esen vanilla.
Masak sehingga mendidih.  Angkat.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.  Warnakan 2 bahagian(merah dan hijau)
Sediakan Loyang kaca (10in X7in).  Tuang secara berselang seli adunan tersebut(mula dari tengah)

Lakukan sehingga habis.  Sejukkan.

Monday 7 April 2014

Pau Kentang


500gm tepung pau(kali ini kakyah guna tepung hongkong)
3 sudu besar shorterning(lemak sayur)
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil mauripan
200ml air suam (kalu uli tangan 220ml)

2 sudu teh baking powder
4 sudu besar water roux(cara buat ada di bawah)
water roux(amat penting untuk menggebukan roti dan pau)
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.


Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit)
Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya.

Uli semula supaya menjadi satu adunan yang bulat.
Bahagikan adunan kepada 16 - 17 adunan yang kecil dan masukkan inti kentang dan potongan telur rebus dan kemaskan.adunan tersebut. Letak  kertas cupcake di bawahnya.
Biarkan mengembang semula selama 20 minit.
Panaskan pengukus dan kukus pau dengan air yang mendidih selama 7 - 10 minit.

Inti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam
3 biji telur rebus(potong kecil)

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan dun kari dan lada giling.
4.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.

Sunday 6 April 2014

Apam Mekar

Bahan-bahannya
200gm tepung beras
180gm gula pasir
1 cawan susu cair
2 sudu teh baking powder(kak guna double action)

Cara-caranya
Panaskan pengukus dengan api yang kuat.
Kacau gula dengan susu segar sehingga gula hancur.
Campurkan dengan semua bahan dan kacau biar sebati.
Bahagikan kepada 2 adunan dan warnakan satu adunan..
Masukkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang.
Masukkan adunan ke dalamnya.(untuk mudah masukkan adunan ke dalam paping beg )
Kukus selama 15 minit dengan api yang kuat.