translate

Friday 23 May 2014

Muffin Coklat


Terima kasih kepada Rozilah Abdullah atas perkongsian resepi ini..

Bahannya
250gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
3 sudu besar serbuk koko
175gm gula kastor
150gm coklat rice
250ml susu cair
90ml minyak masak/sayur
2 biji telur(kalau saiz A sebiji aje)
1 sudu teh esen vanila

Ayak tepung bersama baking powder, soda dan serbuk koko(kakyah ayak 2 kali)
Masukkan ke dalam mangkuk.
Selepas itu masukkan gula, susu cair, coklat rice dan minyak masak.  Kacau dengan senduk.
Pecahkan telur dan pukul dengan garfu.  Masukkan ke dalam adunan.  Kacau.
Masukkan juga esen vanila.  Kacau.
susun kertas kek muffin ke dalam petitin dan masukkan adunan hampir penuh.
Bakar dalam ketuhar yang terlebih dahulu dipanaskan dengan suhu 160 - 170C selama 25 - 30 minit.(masa membakar bergantung juga pada saiz kek muffin itu.)

Thursday 22 May 2014

Apam Balik


Terima kasih kepada Sally Rashid atas perkongsian resepi ini...Memang sedap....

Bahannya
250gm tepung gandum
15gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh garam
50gm gula kastor
300ml air
1 sudu teh yis kering(mauripan)
3 biji telur
30gm gula pasir
25gm mentega(cairkan)

Bahan Tabur(inti)
Kacang tanah(goreng tanpa minyak dan di blender kasar)
Badam(goreng tanpa minyak dan blender kasar)
jagung krim dalam tin
Bijan(goreng tanpa minyak)
Susu pekat
Gula pasir

Caranya
Campurkan tepung gandum, susu tepung, gula kastor, baking powder, baking soda, dan garam ke dalam satu bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit.(kacau dengan whisk) Biar sebati.
Masukkan mentega cair tadi. Kacau lagi.
Masukkan yis dan kacau biar sebati.  Perap selama 1/2 jam.
Kacau telur dengan gula pasir(30gm) biar hancur.
Masukkan dalam adunan yang telah terperap selama 1/2 jam tadi.  Kacau.
Panaskan kuali rata(sapu sedikit minyak) masukkan adunan dan biar nampak permukaan adunan berlubang-lubang(guna api kecil)
Bila setengah masak, taburkan bahan inti tadi dan lipat.
Apabila sudah masak bolehlah diangkat.
Untuk mencantikkan dan melembabkan permukaan apam sapu kulit luarnya itu dengan mentega cair.

Friday 16 May 2014

Nasi Goreng Padprik

Bahan untuk Nasi Goreng
4 cawan nasi dingan
5 ulas bawang putih(ketuk)
Sedikit ketulan isi daging ayam
3 keping fishcake(potong)
Sebiji telur
3 sudu besar sayuran campur
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Serbuk lada sulah
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Pecahkan telur dan kacau.
Bila telur sudah berketul masukkan isi ayam dan fishcake.  Kacau seketika dan masukkan juga sedikit serbuk lada sulah.
Masukkan semua sos, gula dan garam.
Masukkan juga sayuran campur.
Masukkan nasi dingin dan kacau biar mesra.

Padprik
3 ulas bawang putih(ketuk)
Isi ayam
Udang segar(buang kulitnya dan ditinggalkan ekornya)
Sotong(potong bulat)
Bunga kubis
Ketiak jagung(belah memanjang)
Tomato(potong empat)
Carrot(potong memanjang)
3 biji cili padi(belah 2)
3 helai daun limau purut(potong kasar)
2 batang serai(potong 2 atau 3 dan ketuk)
1 sudu besar jus limau nipis
1/2 kiub tomyam
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Ajinomoto(kalau suka)
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan daun limau dan serai.
Masukkan ayam, udang dan sotong.  Kacau seketika.
Masukkan sos cili dan tiram dan jus limau.
Masukkan kiub tomyam.
Masukkan bunga kobis, carrot dan ketiak jagung dan bahan perasa.
Masukkan sedikit air.
Sebelum angkat masukkan tomato.
P/s semua bahan dalam kuantiti yang sedikit.

Thursday 15 May 2014

Kek Marble

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 sudu besar mentega(kalau tiada tak letak pun ok)
1 sudu teh vanila
1 sudu besar oren sunquick.
1 sudu besar serbuk koko(bancuh dengan sesudu dua besar air panas)

Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul putih telur dengan 2 sudu besar gula(ambil dari secawan gula kastor tadi) sehingga kembang dan pekat.(ketepikan)
Dalam bekas yang lain, pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang kemudian masukkan kuning telur,  pukul lagi hingga kembang.
Masukkan oren sunquick dan esen vanila.  putar..
Masukkan pula tepung kek yang telah diayak dengan baking powder.  Kacau lagi.
Masukkan putih telur dan kacau perlahan-lahan(kaup dan balik)
Ambil 1/3 daripada adunan dan campurkan dengan bancuhan koko tadi.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas kertas kek secara berselang seli (yang plain lebih banyak masukkan).
Panaskan oven dan bakar kek selama 50 minit dengan suhu 180C.  Mula-mula guna api bawah selama 15 minit dan yang selebihnya guna api atas dan bawah sehingga masak.

Monday 12 May 2014

Roti Sanggul


Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)
Bijan
Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 170C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian(adunan ini mendapat 2 biji roti sanggul) dan setiap bahagian bahagikan lagi kepada 6 ketulan kecil.
Setiap ketulan doh buat tali yang panjang dan temukan 4 daripadanya.
Buat jalinan seperti gambar di bawah.
Bila sudah menjadi seperti gambar ketiga, cantumkan dari hujung kehujung seperti gambar ke 4.
Lebihan 2 tali lagi belitkan keduanya seperti gambar ke 5.
Lilitkan ia pada disekeliling sanggul tersebut.
Sapu dengan kuning telur dan tabur dengan bijan.
Biarkan mengembang sekali ganda.
Bakar dengan suhu 170C selama 25 minit.


Sunday 4 May 2014

Laksam dan pelengkap


3 cawan tepung beras
1/2 cawan nasi dingin diblender dengan 1/2 cawan air)
2 1/2 cawan air suam
Bancuh kesemuanya sekali(kalau kak semua itu diblender)
Kukuslah(pastikan air pengukus dah mendidih betul-betul) dengan api yang kuat di atas tudung periuk atau apa-apa yang sesuai (sapu sedikit dengan minyak)
Kukus selama lebih kurang 3 atau 4 minit.

Kuahnya pula
Setengah kilo ikan selayang (direbus dengan sedikit air ,garam dan 10 keping asam keping)
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia(masukkan sedikit aja sebab dalam kuahnya kita tak nak ada bau halia)
3 cawan santan.
7 keping asam keping
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
Ikan yang telah direbus tadi dibuang tulangnya(tulang tu jangan dibuang sebab kita nak ambil air tulangnya)
Bawang merah, putih dan sedikit halia diblender.
Lada hitam diblender bersama bahan-bahan di atas atau boleh juga ditumbuk berasingan.
Isi ikan diblender dengan air, begitu juga tulang ikan tadi boleh diblender berasingan dan diambil airnya.
Campurkan bahan-bahan blender atau tumbuk tadi ke dalam santan dan dimasak.
Campurkan juga asam keping, gula dan garam.  Masak biar sampai meandidih tapi jangan sampai naik minyak.(Kalau nampak kuah pekat sangat bolehlah ditambah dengan air lagi). Kuah laksam mesti ada rasa lada hitam, sedikit manis dan rasa masin yang sedikit kurang.
Sukatan kuah laksam ini sebenarnya untuk dua kali adunan laksam di atas.

Ulaman
Taugeh
Timun batang
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang

Cara menghidangnya selain kuah dan ulaman letakkan juga serunding daging dan telur rebus..

Bagi cara mengukus dan menggulung laksam boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/01/laksam-dan-kuahnya.html

Saturday 3 May 2014

Roti Sarang Lebah

Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Campur dengan air suam agar menjadi 250ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan sedikit berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Telur(pukul dahulu dengan garfu untuk sapuan)

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Onkan ketuhar dengan suhu 170C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit.
Tumbuk adunan yang mengembang tadi.  Bulatkan semula adunan dan tutup semula bekas dan letak balik atas ketuhar yang masih terasa panasnya.(20 minit)Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk semula bagi mengeluarkan anginnya.
Buat bulatan kecil dan susun dalam loyang yang telah di atas dengan kertas kek.
Biarkan mengembang sekali ganda.
Sapu dengan telur kuning dan tabur hirisan badam dan biji labu.
Bakar selama 25 - 30 minit dengan suhu 170C.
Bila masak keluarkan dan tuang sos ke atasnya.

Sos atas roti..Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping krim
1 sudu besar mentega
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila

Panaskan mentega.  Biar cair.
Masukkan gula perang.  Kacau biar cair.
Masukkan whipping dan garam.
Kacau hingga pekat.  Angkat dan sejukkan.

Thursday 1 May 2014

Muffin


Bahan-bahannya
2 biji telur
225 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
125 gula kastor
125 ml susu segar
150 gm mentega
1 sudu teh vanilla
Strawberri filling secukupnya
Badam yang dipotong kecil(dadu)
Caranya
Ayak tepung dengan baking powder sebanyak 2 kali.
Panaskan dan cairkan mentega dengan api yang sederhana.  Tutup api,
Pukul telur dengan garfu dan masukkan ke dalam susu segar.
Masukkan juga mentega tadi.  Kacau dengan senduk,
Masukkan gula, tepung,  dan vanila.  Kacau lagi.
Biarkan seketika(20 minit)
Masukkan sedikit adunan ke dalam kertas cupcake dan letak sedikit strawberri filling dan penuhkan 3/4 dari bekas tersebut.  Tabur dengan badam di atasnya.
Bakar selama 20 - 25 minit dengan suhu 190C atau kesesuaian oven masing-masing.