translate

Saturday 20 December 2014

Krim Puff

Kulit Krim Puff
300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung .
Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
Angkat dan sejukkan.
Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut(sekejap aja)
Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan atau kalau saya lebih mudah ketika panas kita masukkan krim kerana kulit cream puff tidak perlu dibelah dengan pisau...Masukkan krim kedalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.

Cream
400ml susu segar.
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.

Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.
Untuk proses membuatnya boleh rujuk http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/01/krim-puff-dan-prosesnya.html

Saturday 13 December 2014

Kuih Lapis


Bahannya
5 cawan santan(jangan pekat dan jangan cair sangat)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Secubit garam1/2 sudu teh perisa rose
Pewarna pink

Caranya
Panaskan santan dan gula sehingga gula menjadi hancur.  Sejukkan.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak/mendidih dengan api yang kuat.
Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam santan.  Masukkan juga garam dan perisa rose.  Tapis.
Bahagikan adunan kepada 2 bekas yang berasingan.  
Masukkan pewarna pink ke dalam bekas tersebut(satu bekas warnanya lebih terang daripada satu bekas yang satu lagi atau biarkan tanpa warna)
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan dasarnya alas dengan plastik. 
Kukus setiap lapisan selama 5 atau 7 minit.  Bagi lapisan terakhir kukus selama 10 - 15 minit.
Keluarkan dari pengukus dan sejukkan dan bolehlah dipotong.

Thursday 11 December 2014

Serimuka

1 1/2 cawan beras pulut(basuh dan rendam 2 jam)
Santan dan secubut garam(melepasi sedikit aje beras pulut tersebut)

Masukkan dalam loyang dan dikukus dengan air yang sudah mendidih selama 20 minit.  
Diangkat dan ditekan-tekan pulut tersebut supaya sedikit mampat.

Lapsan atas
10 helai daun pandan
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
4 biji telur
Pewarna hijau

Blender daun pandan bersama air dan dtapis airnya.
Masukkan air daun pandan tadi kedalam blender bersama tepung gandum, tepung jagung, telur, santan, gula, pewarna hijau dan sedikit garam.  Blender sehingga hancur dan sebati kesemuanya.
Masak seketika di atas api dan sedikit pekat.
Masukkan ke dalam pulut dan kukus selama 45 minit.  Angkat dan sejukkan.

Monday 8 December 2014

Roti kacang merah

Bahannya
100gm tepung roti
200gm tepung gandum
2 sudu besar shorterning
2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil yis(mauripan)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil ovelette
1 biji kuning telur
170ml ais peti
3 ketul kiub ais
1/2 sudu kecil pandan emalco
2 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Inti kacang merah(beli siap di kedai barangan kek)


Doh Roti
Masukkan semua bahan kecuali shorterning dan garam ke dalam pengadun kek (guna mata untuk uli roti).
Apabila semua bahan teradun masukkan shorterning dan garam.  Putar/uli selama 15 minit.
Bila selesai tutup bekas dengan kain/plastik selama 1 jam.
Bila doh dah naik sekali ganda tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya.
Bulatkan doh setiap satunya sekitar 60gm.
Leperkan doh dan masukkan inti.
Kemaskan(bulatkan) dan gelek biar setebal 1/2 inci.
Potong menggunakan pisau pada bahagian yang memanjang(sebanyak 8 bahagian) tapi jangan putus sampai di atasnya.
Gulung bermula dari bahagian yang kita tidak potong ke bahagian yang dipotong.
Susun dalam loyang yang telah disapu margerin.
Biarkan mengembang semula dalam sekitar 40 minit.
Sebelum bakar spraykan dengan air(jangan banyak..sekadar nampak lembap sedikit di atasnya) dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 - 190C selama 20 - 25 minit.
Keluarkan dan sapu dengan mentega/margerin di atasnya ketika panas.
Bila sejuk simpan dalam bekas tertutup.