translate

Saturday 25 April 2015

Banoffe Cuppies

Terima Kasih Pada Sahabatku Pn. Rozilah Abdullah kerana perkongsian resepi yang hebat ini..

Bahannya
3 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
1/2 sudu teh garam
Ayak kesemuanya dan ketepikan dahulu.

250gm mentega
2 cawan gula halus
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan buttermilk(secawan susu segar atau campuran 2 sudu besar susu tepung dengan air(biar jadi secawan) dan dicampur dengan 2 sudu besar jus lemon atau cuka)..biarkan 10 minit.
2 cawan pisang yang telah dilenyek

Caranya
Panaskan ketuhar 170C.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar biar kembang.
Masukkan 1/3 daripada tepung yang telah diayak tadi...Putar seketika.
Masukkan separuh daripada pisang tadi.  Putar.
Masukkan separuh buttermilk.  Putar.
Ulang, dengan tepung, pisang dan buttermilk.
Masukkan seseluruhan tepung yang masih ada.  Putar seketika lagi.
Masukkan adunan ke dalam kertas kek mangkuk yang telah diletakkan dalam petitin sebanyak 3/4 daripada keseluruhan kertas kek tersebut.
Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Topping
Cara kakyah
3/4 cawan mentega
2 sudu besar shorterning
1 cawan gula halus
4 sudu besar susu pekat
1 sudu teh/kecil esen vanila

Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan shorterning, susu pekat dan esen.  Putar hingga kental.
Masukkan ke dalam plastik piping.

Karemel susu
50gm mentega
50gm gula perang
1/2 tin susu pekat
Sedikit esen vanila

Panaskan mentega, bila mencair masukkan gula perang.  Biarkan seketika sambil dikacau.
Masukkan susu dan esen.  Biar mendidih dan tutup api.  Sejukkan.

Tuesday 7 April 2015

Pizza Ayam

250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano

1.Masukkan semua bahan dankalu guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalau uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.  

5.Cucuk dasarnya dengan garfu untuk mengelakkan pizza mengelembung bila dibakar. dan topping dengan sos tomato campur chili (atau sos yang siap..prego), ketulan ayam dan udang yang telah digoreng dengan bawang putih bercampur sedikit oregano,nenas, lada benggala, cendawan, potongan sosej yang telah direbus,bawang besar  dan lapisan atas taburkan dengan parutan mozarela.  Bakar selama 20 minit dangan suhu 200C

Bahan untuk topping
Ketulan kecil isi ayam
Udang segar(dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong)
Cendawan butang dalam tin(potong)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
4 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella(diparut)

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak.  Masukkan ayam dan udang, kacau.
Masukkan 1 sudu teh/kecil sos cili dan juga oregano..  Kacau dan angkat.

Sunday 5 April 2015

Sotong Bakar

Bahannya
2 ekor sotong segar saiz besar(dibersihkan dan dikelar tidak putus)
3 ulas bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
1 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh garam masalla
1 sudu teh cili giling
Sedikit garam
1 sudu besar minyak zaitun/masak biasa
Sedikit air asam jawa
Sedikit lada sulah
1/2 sudu teh cuka

Caranya
Campurkan semua bahan dan perap dengan sotong tadi seketika.
Bakar dalam aluminium foil sehingga masak.

Friday 3 April 2015

Asam Pedas Ikan Sebarau Tasik

Seekor ikan sebarau dibuang sisiknya dan dibersihkan(lumur seketika dengan asam jawa)
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar cili giling
Asam jawa 
Sekuntum bunga kantang
seikat daun kesum
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 biji bendir
Sebiji tomato
Lada merah atau hijau
Minyak masak untuk menumis

Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan serbuk kunyit hingga pecah minyak kemudian masukkan cili giling.Kacau biar pecah minyaknya.
Masukkan daun limau purut dan serai.
Masukkan air dan air asam jawa.  Masukkan ikan dan lada hijau.
Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan gula dan garam.serta bendi.  Biar mendidih.
Masukkan tomato dan biar betul-betul mendidih.  Bolehlah diangkat.