translate

Saturday 27 February 2016

Sup Cendawan

Bahannya
Bahan A
2 peket cendawan inoki(potong bahagian berakar)
1 peket cendawan tiram putih
1 peket cendawan tiram hitam
Sekeping dada ayam(dibuang segala tulang dan dipotong)
1/2 tin cendawan butang(cincang halus)
2 labu bawang besar(belah 4)
6 ulas bawang putih
2 batang saleri(daun sup pun boleh jikalau tiada)
1 sudu teh herba campuran
1 sudu teh origano
1 sudu teh lada hitam yang telah ditumbuk
1 kiub ayam
gula dan garam
Minyak untuk menumis(lebih sedap minyak zaitun)

Bahan B
2 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
Panaskan mentega dan masukkan tepung.  Kacau sehingga berketul2.(biarkan seketika)

Bahan C
Krim masakan sekotak kecil

Caranya
Tumis minyak zaitun dan masukkan bawang besar dan putih(sebiji-sebiji)
Masukkan origano, lada hitam dan herba campuran.
Masukkan air(dalam 2 liter)
Masukkan cendawan2 yang telah dibersihkan(kecuali cendawan dalam tin..jangan dimasukkan lagi)
Masukkan ayam dan kiub ayam.  Masukkan juga tang saleri yang telah dipotong kecil.
Masak sehingga mendidih.  Masukkan gula dan garam.
Matikan api dan blender campuran cendawan ini bersama bahan B tadi.(sukatan agak banyak)
Bila kesemuanya siap diblender masukkan semula dalam periuk dan panaskan semula.
Masukkan cendawan butang yang telah dicincang tadi.
Apabila hampir mendidih masukkan krim masakan dan tambah gula dan garam jika perlu.
Siap untuk dihidangkan begitu sahaja atau lagi enak dimakan bersama roti garlic.