translate

Monday 30 May 2016

Homemade Ikan Sardin

Bahannya
Sekilo ikan sardin(dibuang perut, kepala dan ekor dan dibersihkan)
Sekeping asam jawa
Sehiris halia
Sedikit garam dan air secukupnya.

Rebus ikan dan bahan-bahan tadi di dalam periuk tekanan selama 1 jam.

Bahan kuah
10 ulas bawang merah(kisar)
4 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
2 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam(jika perlu)
Sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Bila pecah minyak masukkan cili giling.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos tomato,kicap cair dan kiub ayam.  Biar naik bau seketika.
Sebelum diangkat masukkan gula dan garam(jika perlu)

Tuang bahan kuah ke dalam ikan rebus(biarkan bersama air rebusannya sekali).(kakyah keluarkan dahulu asam keping tadi)
Biar mendidih sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
Sedia untuk dimakan dengan apa sahaja.
p/s..tulang temulang ikan sardin sudah jadi rapuh disebabkan kita rebus dalam periuk tekanan.

Sunday 29 May 2016

Mee Kuah

Sebungkus mee kuning
10 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cairBeberapa ekor udang
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji telur
Sawi
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

Rendam sekejap mee dalam air panas dan toskan.
Bawang merah, putih dan udang kering diblender dengan sedikit air.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bahan blender sehingga naik bau dan wangi.
Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(secukupnya).  Biar sampai mendidih.  Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.  Masukkan gula dan garam, sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan akhir sekali masukkan mee kuning.  Biarkan seminit dan matikan api.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Sunday 22 May 2016

Kebab Ayam

Bahannya
Bahagian dada ayam(ambil isinya sahaja dan dicincang)
3 keping burger ayam(potong kecil-kecil)
Setengah labu bawang besar(dadukan)
Sebiji tomato(dadukan)
Setengah biji lada benggala(dadukan)
3 ulas bawang putih(potong kecil)
Beberapa tangkai daun sup(potong kecil)
Setengah batang timun(sagat bahagian luarnya sahaja)
Setengah batang carrot(sagat)
Setengah sudu teh origano
2  sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1  sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos black paper
3 sudu besar mayonis
1 sudu teh gula
sedikit minyak untuk menumis

Tumis bawang putih dengan bawang besar.  Bila naik bau masukkan origano.
Masukkan ayam cincang dan daging ayam burger.  Kacau seketika
Masukkan sos-sos dan kicap cair.
Masukkan sayur-sayur, tomato dan daun sup.
Sebelum angkat, jika perlu masukkan sedikit gula.
Matikan api, masukkan mayonis dan gaul seketika.

Kulit tortilla
Sedikit mentega

Daun salad secukupnya.

Panaskan kuali roti canai dengan disapu sedikit mentega/minyak(sedikit sapuan sahaja)
Letakkan kulit tortilla dan panaskan seketika(pusing-pusingkan mengikut pusingan jam dengan jemari kita)
Angkat kulit tortilla dan letakkan daun salad di atasnya.
Masukkan inti dan lipat dibahagian bawahnya dan digulung seperti biasa.
Panaskan seketika atas kuali tadi.
Angkat dan sedia untuk dimakan.